Hamzah

Bentuk huruf hamzah dalam beberapa jenis khat

Bentuk huruf hamzah dalam beberapa jenis khat

  • Hamzah Thuluth: Bahagian atas dua titik, ekornya agak tebal di mula dan akhir
  • Hamzah Nasakh: Kepala 1 1/2 titik dan melengkung lembut, lebih kecil dari thuluth, meruncing di akhir ekornya.
  • Hamzah Diwani Jali: Kepala melengkung, bentuknya seakan kaf kecil dalam thuluth
  • Hamzah Diwani: Hanya sedikit perbezaan dengan diwani jali di bahagian kepala dan Lebih kurus sedikit
  • Hamzah Riq’ah: Bahagian kepala agak tajam dan tidak melengkung.
  • Hamzah Nasta’liq: Biasanya ditulis dengan saiz yang kecil. Perhatikan bentuk kepala dan ekornya yang lebih tajam

Pameran Dan Pertandingan Khat

Alhamdulillah.. Hari ini kami telah selesai mengadakan Pertandingan Seni Khat Terbuka sempena sambutan Maulid Rasul peringkat Negeri Melaka, Tahun 1429H yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Yayasan Restu. Pertandingan ini telah diadakan di Galeri Ketua Menteri Melaka di Peringgit. Seramai lebih 50 orang telah hadir bagi memeriahkan pertandingan pada kali ini. Pada pandangan saya kualiti keseluruhan tulisan para peserta sangat baik dan saingan juga sengit. Khat yang dipertandingkan adalah khat thuluth. Biasalah..Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada yang menang dan saya nak ucapkan tahniah juga kepada yang kurang bernasib baik kerana telah berusaha dengan penuh semangat bagi memartabatkan seni khat. Sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk memeriahkan pertandingan. Sudah tentu anda mendapat pengalaman yang sangat berharga di pertandingan ini. Pemenang pertandingan ialah: 1) Ustaz Hilyas (Terengganu), 2) Muhammad Zulfikri (Kedah), 3) Muhammad Ilham (Kelantan).

Inilah beberapa gambar suasana pertandingan dan pameran yang sempat diambil

seni khat seni khat seni khat

seni khat seni khat seni khat

seni khat seni khat seni khat

Khat Diwani

khat diwani

Penulis seni khat ini ialah Muhammad Munif tetapi kaedah penulisannya telah diolah semula oleh Syahla Pansha dan al- Hafiz Othman.  Dinamakan khat Diwani kerana ada diantara pendapat yang mengatakan khat ini sering digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan – jabatan kerajaan. Dari jabatan kerajaan tulisan ini berkembang kesegenap lapisan masyarakat. Tujuan khat ini dicipta di waktu itu ialah untuk menulis semua keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan serta surat – menyurat rasmi. Namun ketika ini ia biasanya digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan – tulisan untuk perhiasan. Khat ini mempunyai bentuk yang tersusun dan tidak mempunyai baris atau hiasan (contoh di atas sengaja dibariskan untuk memudah bacaan). Keistimewaannya terserlah pada bentuknya yang bundar dan melengkung, sebenarnya ia lebih mudah ditulis dan dibentuk oleh seorang penulis berbanding khat – khat lain. Hurufnya juga boleh disesuaikan pada sebarang bentuk ruang dan situasi contohnya jika mencipta logo, mencipta desain, tulisan khas dan lain – lain lagi.