Teknik Menyusun Huruf

baqarah 185-2Untuk membuat susunan khat thuluth menjadi kemas dan menarik, kita boleh tonjolkan beberapa huruf yang berulang di dalam sesuatu ayat. Kebiasaanya para khattat lebih berminat untuk menonjolkan “Taj Al-Huruf” iaitu huruf Jim dan huruf Ain Majmu’ah (berbentuk bulat). Sebenarnya dengan sedikit penelitian kita boleh membuat susunan menjadi menarik walaupun tanpa huruf-huruf tadi. kita boleh tonjolkan huruf lain seperti huruf waw, ra, sin kaf dan sebagainya. Contoh di sini, saya cuba keluarkan (highlight) huruf-huruf kaf dan huruf ra mursalah. Kalau anda lihat, huruf kaf sengaja ditarik menjadi panjang hingga terkeluar dari lingkungan huruf-huruf lain dengan jarak tinggi dan lebar yang sekata berserta kombinasi ra, waw dan mim mursalah (ekor memanjang).

Latihan Khat Thuluth

As-Syaikh Muhammad Abdul Aziz Ar-Rifaie

As-Syaikh Muhammad Abdul Aziz Ar-Rifaie

 

 

 

 

 

 

Nama tokoh seni khat yang terbilang: As-Syaikh Muhammad Abdul Aziz Ar-Rifaie. Moga-moga dapat menulis sepertinya…

Kanvas Kecil

Karya thuluth atas kanvas bersaiz kecil

Masya Allah - Khat Thuluth

Masya Allah - Khat Thuluth

Keunikan Khat Thuluth

Khat thuluth adalah khat yang paling susah untuk dikuasai. Ia mempunyai banyak kaedah penulisan yang sangat detail dan halus yang harus dikuasai oleh seorang penulis khat dengan tepat. Tambahan pula, susunan untuk sesuatu perkataan dan cara menulisnya boleh dipelbagaikan agar sesuai dengan ruang dan karya yang dibuat. Dan kepelbagaian susunan itu pula mempunyai kaedahnya tersendiri yang mesti diikuti

Sebagai sambungan post sebelum ini, kita akan melihat pula perubahan-perubahan yang boleh dibuat untuk perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth. Berdasarkan perkiraan saya, untuk perkatan ini sahaja kita boleh tulis dalam bermacam cara dan gaya dengan bilangannya hampir mencecah dua puluh bentuk. Di sini saya kemukakan sebahagian daripadanya.

 

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Nanakah Yang Betul?

Di dalam Khat thuluth terdapat banyak kaedah penulisan yang sangat detail. Sedikit perbezaan, menyebabkan kita salah atau betul dengan kaedahnya. Di sini saya cuba kemukakan dua bentuk tulisan sebagai pendedahan kepada rakan-rakan untuk kita kongsi bersama dan dijadikan panduan. Cuba anda berikan jawapan diantara (A) dan (B), mana yang betul, mana yang salah dan kenapa..?

Perbezaan dalam khat thuluth

Perbezaan dalam khat thuluth

Terima kasih kepada anda yang telah memberi respon pada persoalan di atas. Sebenarnya perkara ini adalah diantara beberapa kesalahan tulisan yang saya temui ketika menghakimi pertandingan-pertandingan seni khat, termasuk juga Pertandingan Seni Khat Marhaban di Astro baru-baru ini. Banyak lagi masalah-masalah yang lain. Tapi kali ini saya cuba ketengahkan kaedah penulisan (bainahum) ini dahulu. Sebabnya, bagi saya ia cukup halus dan terperinci dari segi kaedahnya. Sepintas lalu, seolah-olah tiada beza.. Tetapi sebenarnya ternyata ada perbezaan yang jelas dan merumitkan. Dengan perubahan yang sedikit, ia akan membuatkan satu huruf menjadi tiga huruf.

Dan jawapannya, diantara (A) dan (B), maka pilihan yang tepat untuk kalimah ‘BAINAHUM’ adalah (A), kerana bentuk huruf yang pertama dan kedua adalah bentuk huruf BA dan YA. Manakala bagi (B) pula, gigi awal dan keduanya adalah gigi huruf SIN. Sekarang cuba kita perhatikan secara detail, diantara dua bentuk ini sebenarnya dipisahkan oleh pergerakan yang sangat halus. Perbezaannya hanyalah pada permulaan diantara ’sin’ dan ‘ba’. Ketika menarik kebawah, Sin harus lebih pendek dan halus manakala ba lebih besar sedikit. Kemudian di penghujung gigi yang pertama. Kedua-duanya ada sedikit perbezaan ketika menolak naik. Seterusnya pada permulaan gigi yang kedua, pergerakan ketika melengkung turun juga berbeza dan lebar ba seluas dua titik dan sin hanya satu setengah titik.

Penulisan perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth, sebenarnya boleh dipelbagaikan. Pada pengamatan saya, kepelbagaian bentuknya yang boleh dibuat hampir mencecah bua puluh bentuk. Insya Allah saya akan terangkan pada entry yang akan datang. Semoga dengan penjelasan yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua…

………………….

ثلث جلى

ثلث الجلى

Khat Thuluth

Tabung Surau

tabung-khat thuluth

Thuluth Jali

Susunan baru

thuluthjali1

Thuluth Jali

Surah Al-'Aala: Ayat 14

Surah Al-'Aala: Ayat 14

Ini latihan saya hari ini menggunakan pen bersaiz 1cm. Saiz ini sudah dikira besar di dalam menulis khat thuluth dan itulah yang dimaksudkan dengan Thuluth Jali, iaitu tulisan yang besar dan jelas. Untuk menulis khat ini, biasanya para penulis menggunakan pen yang besar seperti buluh, handam bersaiz besar ataupun kayu yang diruncing menjadi pen. Menulis Thuluth Jali sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesempurnaan dari pelbagai espek, bukan sekadar kaedah seni khatnya sahaja walaupun itulah asas yang paling utama. Selain daripada itu, perkara penting yang mempengaruhi kelancaran menulis Thuluth Jali sehingga menghasilkan satu karya yang indah ialah:

  • Kertas. Kertas jenis apa?. Licin atau kasar?. Dakwat meresap atau tidak?. Kertas  yang paling baik dan sesuai untuk menulis khat ini ialah  kertas yang diadun sendiri menggunakan ‘teh dan putih telur’, yang dipanggil ‘waraq muqahhar‘.
  • Pen. Saya sampai sekarang masih mencari-cari pen yang sesuai untuk menulis khat Thuluth Jali ni, macam Muhammad Ozjai, Daud Bektash dan Munib guna… Sesiapa ada pen macam tu, boleh bagi saya satu untuk dicuba. Saya dah cuba pen yang Profesor Koichi Honda guna, feelingnya lain sikit…
  • Dakwat. Ini juga sangat penting. Sebab thuluth ini memerlukan dakwat yang sangat lembut supaya tidak tersekat, boleh ditulis panjang tanpa terputus dan menyerlahkan getarannya…
  • Emosi. Kalau tengah tension, ada masalah, tak payah tulis lagi..!  Tunggu sehingga masalah anda selesai. Kalau tidak, hasilnya akan  jadi khat diwani jali pula..hehee.
  • Persekitaran ketika menulis perlu tenang tanpa gangguan dan bising-bising. Sebab, ketika menulis kita akan memberikan sepenuh tumpuan kepada menulis. Jika ada perkara yang mengganggu, pastilah akan menjejaskan tulisan kita.

Itulah serba ringkas yang sempat saya ingat. Ada lagi beberapa faktor lain yang tidak kurang pentingnya seperti faktor pernafasan, makanan dan teknik-teknik menulis dengan betul. Semua ini perlu dipelajari dan dilatih oleh penulis dengan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman.

Thuluth

addin_indAllah

Thuluth Jali

Thuluth (Al-A'la: 1)

Thuluth (Al-A'la: 1)

Praise the name of thy Lord the Most High

Khat Thuluth

Kepada peminat seni khat yang sentiasa mengikuti blog ini, terima kasih diucapkan dan terimalah tamrin khat thuluth daripada saya sempena Maulidur Rasul 1430

khat thuluth

khat thuluth

Hadith-2 (khat thuluth)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

Kebersihan itu sebahagian daripada iman

The cleanliness part of faith

Hadith (khat thuluth)

                                       قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

anniyyah801

Huruf Ha

Huruf Ha Khat Thuluth

Huruf Ha Khat Thuluth

  • Huruf ha tunggal mempunyai dua bentuk
  1. Ain Hirrah
  2. Mufradah Muthallathah
  • Ha di awal boleh digunakan tiga bentuk
  • Ha di tengah mempunyai empat jenis yang perlu disesuaikan dengan huruf-huruf tertentu
  • Ha di akhir ada dua bentuk:
  1. Mulhaqah
  2. Mudghamah
  • Ha Lafzul Jalalah mempunyai kaedah tersendiri. Bentuknya lebih tinggi dari kebiasaan.