8th International Calligraphy Competition (IRCICA)

pertandingan seni khat

pertandingan seni khat

Assalamualaikum.

Makluman kepada khattat semua, IRCICA akan menganjurkan pertandingan seni khat sempena nama Khattat Badawi al-Dirani pada tahun ini. Di bawah saya terangkan serba ringkas berkaitan tarikh dan kategorinya:

  • Tarikh akhir untuk pendaftaran : 30 Oktober 2009
  • Tarikh akhir menghantar karya : 28 Februari 2010
  • Penghakiman : April 2010
  • Pengumuman keputusan pertandingan: May 2010

Kategori khat yang dipertandingkan ialah:

  1. Thuluth jali
  2. Thuluth
  3. Nasakh
  4. Jali ta’liq
  5. Jali diwani
  6. Diwani
  7. Kufi
  8. Riq’ah
  9. Maghribi

Borang pertandingan ini boleh dimuat turun dari website IRCICA. Kepada yang berminat bolehlah cuba menghantar karya anda, terutama kepada para khattat yang semakin ramai terdapat di Malaysia ketika ini. Begitu juga kawan-kawan khattat di Negara Brunei, Indonesia dan Thailand, marilah kita ramaikan penyertaan pada kali ini dari Negara Asean pula. Tarihk akhir serah karya masih panjang, bolehlah berlatih dulu sampai mantop., hehee…

Bagi saya, yang penting adalah penyertaan kita dalam pertandingan dan memperolehi pengalaman yang berharga seterusnya menambahkan lagi semangat kita dalam memperjuangkan seni khat. Jangan diharapkan sangat kepada imbuhan. Sememangnya kita sedia maklum yang pertandingan ini adalah pertandingan peringkat antarabangsa. Sudah semestinya khattat-khattat hebat dari seluruh dunia akan menyertainya terutama dari timur tengah seperti  Turki (tuan rumah), Syria, Iraq, Mesir akan turut serta. Namun, diharapkan dengan penyertaan kita, Insya Allah akan memeriahkan lagi pertandingan ini dan memberitahu kepada mereka bahawa seni khat juga sedang berkembang pesat di rantau sini..

SELAMAT MENCUBA, SEMOGA BERJAYA.

Pertandingan Seni Khat

Pada 19 Oktober 2008 yang lalu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Seni Kaligrafi Khat Lelaki Dan Wanita sempena Majlis Kesenian Islam Negeri Selangor Tahun 2008, bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM ‘A’) Kuala Selangor. Seramai 18 orang peserta yang mewakili 9 daerah di selangor terlibat dalam pertandingan ini. Kebetulan saya dijemput menjadi hakim pada pertandingan tersebut. Saya kongsikan di sini beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

Pertandingan Seni Khat

Kerajaan Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor sedang menganjurkan Pertandingan Seni Khat Terbuka Johor 2007, terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas. Kategori pertandingan adalah bebas. Ukuran bagi setiap karya tidak kurang 60 cm x 60 cm. Jenis- jenis khat yang dipertandingkan ialah : Thuluth, nasakh, riq’ah atau kufi. Karya-karya khat peserta mestilah mengikut kepada kata-kata hikmat Dato’ Onn Jaafar yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 17 disember 2007, jam 4 petang. Hadiah pertandingan:

1. RM5000.00 + Cenderahati + Sijil

2. RM3500.00 + Cenderahati + Sijil

3. RM2000.00 + Cenderahati + Sijil

4. 10 hadiah saguhati: Hadiah wang tunai RM800.00 + Cenderahati + Sijil

 Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat, hubungi:

Urusetia,

Pertandingan Seni Khat Terbuka Johor 2007,

Galeri Seni Johor,

Yayasan Warisan Johor,

JKR 144, Jalan Petrie,

81100 Johor Bahru, Johor Daraul Ta’zim.

Tel: 07-2263266 / 07-2245488 / 07-2213148