Basmalah Muhaqqaq

Video ini dirakam oleh sahabat saya: Brother Yusuf Kaloma, student Kolej Restu dari Nigeria.

Sedikit keterangan tentang Basmalah Muhaqqaq ini. Ia ada sedikit perbezaan dengan khat thuluth terutama pada huruf mim, ra, nun dan lafaz Allah. Mim dan ra menggunakan huruf mursalah, iaitu mim atau ra yang ekornya terus ditarik kebawah sebelah kanan. Huruf nun pada Ar-Rahman dilebarkan sedikit berbanding ra thuluth, manakala huruf ha pada lafaz Allah menggunakan ha simpul. Selamat mencuba…!

Basmalah Muhaqqaq

muhaqqaq

Basmalah dalam bentuk Khat Muhaqqaq, Sejenis khat yang seakan – akan Khat Thuluth tetapi hurufnya lebih bebas dan dilepaskan, tidak membulat. Perhatikan contohnya pada huruf ‘mim’ dan ’ra’. Ha marbuthahnya digunakan ‘ha’ bulat ( tertutup ). Huruf ‘nun’ pada Ar Rahman lebih besar sedikit daripada nun thuluth.

Khat Muhaqqaq

muhaqaq

Bentuk khat ini diperkenalkan oleh Qutbah al-Muharrir pada zaman al – Umawi yang pada mulanya ia dinamakan ‘Jalil Thuluth’. Ia telah diubahsuaikan oleh  penulis–penulis seni khat dan diperbaiki sehingga mencapai puncak keindahannya oleh Yaqut al- Musta’simi.Bentuknya seakan – akan khat thuluth tetapi saiz hurufnya lebih besar sedikit dan bersifat lepas dan tidak membulat pada huruf – huruf tertentu (seperti ra, wau, mim, ya dan lain – lain lagi). Kini bentuknya yang lebih besar dikenali sebagai ‘al- Muhaqqaq’ manakala yang lebih kecil ialah ‘al- Raihani’.