Keunikan Khat Thuluth

Khat thuluth adalah khat yang paling susah untuk dikuasai. Ia mempunyai banyak kaedah penulisan yang sangat detail dan halus yang harus dikuasai oleh seorang penulis khat dengan tepat. Tambahan pula, susunan untuk sesuatu perkataan dan cara menulisnya boleh dipelbagaikan agar sesuai dengan ruang dan karya yang dibuat. Dan kepelbagaian susunan itu pula mempunyai kaedahnya tersendiri yang mesti diikuti

Sebagai sambungan post sebelum ini, kita akan melihat pula perubahan-perubahan yang boleh dibuat untuk perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth. Berdasarkan perkiraan saya, untuk perkatan ini sahaja kita boleh tulis dalam bermacam cara dan gaya dengan bilangannya hampir mencecah dua puluh bentuk. Di sini saya kemukakan sebahagian daripadanya.

 

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Marhaban Ya Ramadhan..

O ye who believe! Fasting is prescribed for you, even as it was prescribed for those before you, that ye may ward off (evil); (ِAl-Baqarah: 183)

O ye who believe! Fasting is prescribed for you, even as it was prescribed for those before you, that ye may ward off (evil); (Al-Baqarah: 183)

guidance for mankind, and clear proofs of the guidance, and the Criterion (of right and wrong). And whosoever of you is present, let him fast the month (Al-Baqarah: 185)

guidance for mankind, and clear proofs of the guidance, and the Criterion (of right and wrong). And whosoever of you is present, let him fast the month (Al-Baqarah: 185)

Khat Nasakh

Tamrin nasakh 2

Tamrin nasakh 2

Tamrin Khat Nasakh

Tamrin Khat Nasakh

8th International Calligraphy Competition (IRCICA)

pertandingan seni khat

pertandingan seni khat

Assalamualaikum.

Makluman kepada khattat semua, IRCICA akan menganjurkan pertandingan seni khat sempena nama Khattat Badawi al-Dirani pada tahun ini. Di bawah saya terangkan serba ringkas berkaitan tarikh dan kategorinya:

  • Tarikh akhir untuk pendaftaran : 30 Oktober 2009
  • Tarikh akhir menghantar karya : 28 Februari 2010
  • Penghakiman : April 2010
  • Pengumuman keputusan pertandingan: May 2010

Kategori khat yang dipertandingkan ialah:

  1. Thuluth jali
  2. Thuluth
  3. Nasakh
  4. Jali ta’liq
  5. Jali diwani
  6. Diwani
  7. Kufi
  8. Riq’ah
  9. Maghribi

Borang pertandingan ini boleh dimuat turun dari website IRCICA. Kepada yang berminat bolehlah cuba menghantar karya anda, terutama kepada para khattat yang semakin ramai terdapat di Malaysia ketika ini. Begitu juga kawan-kawan khattat di Negara Brunei, Indonesia dan Thailand, marilah kita ramaikan penyertaan pada kali ini dari Negara Asean pula. Tarihk akhir serah karya masih panjang, bolehlah berlatih dulu sampai mantop., hehee…

Bagi saya, yang penting adalah penyertaan kita dalam pertandingan dan memperolehi pengalaman yang berharga seterusnya menambahkan lagi semangat kita dalam memperjuangkan seni khat. Jangan diharapkan sangat kepada imbuhan. Sememangnya kita sedia maklum yang pertandingan ini adalah pertandingan peringkat antarabangsa. Sudah semestinya khattat-khattat hebat dari seluruh dunia akan menyertainya terutama dari timur tengah seperti  Turki (tuan rumah), Syria, Iraq, Mesir akan turut serta. Namun, diharapkan dengan penyertaan kita, Insya Allah akan memeriahkan lagi pertandingan ini dan memberitahu kepada mereka bahawa seni khat juga sedang berkembang pesat di rantau sini..

SELAMAT MENCUBA, SEMOGA BERJAYA.

Khat Nasakh

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

Tema Maulidur Rasul 1430: Wahdah Pemangkin Khaira Ummah. Tulisan menggunakan kaedah khat nasakh.

Pertandingan Seni Khat

Pada 19 Oktober 2008 yang lalu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Seni Kaligrafi Khat Lelaki Dan Wanita sempena Majlis Kesenian Islam Negeri Selangor Tahun 2008, bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM ‘A’) Kuala Selangor. Seramai 18 orang peserta yang mewakili 9 daerah di selangor terlibat dalam pertandingan ini. Kebetulan saya dijemput menjadi hakim pada pertandingan tersebut. Saya kongsikan di sini beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

Video Menulis Khat

Video ini diambil ketika saya menulis mushaf bersaiz besar di Muzium Al-Quran Melaka pada 9.1.2008

Nasakh Akhbar

aadiat1.jpg

Nasakh Akhbar iaitu gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal ( bold ) dan diperjelaskan huruf – hurufnya sesuai untuk tujuan pembacaan umum. Nasakh jenis ini boleh diaplikasikan pada penulisan mushaf, akhbar, buku – buku teks sekolah, papan tanda dan sebagainya yang boleh dilihat dan dibaca oleh semua golongan terutama sekali orang yang lemah penglihatan dan orang tua. Diantara kebaikan tulisan ini, ia masih jelas dan mudah dibaca walaupun setelah dikecilkan ( reduce ). Tulisan ini dinamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran. la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer. Contoh di atas menunjukkan satu bentuk penulisan mushaf yang ditulis menggunakan Nasakh Akhbar.

Khat Nasakh

khat nasakh

Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.
Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain – lain lagi . Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1mm saiz pena.