Keunikan Khat Thuluth

Khat thuluth adalah khat yang paling susah untuk dikuasai. Ia mempunyai banyak kaedah penulisan yang sangat detail dan halus yang harus dikuasai oleh seorang penulis khat dengan tepat. Tambahan pula, susunan untuk sesuatu perkataan dan cara menulisnya boleh dipelbagaikan agar sesuai dengan ruang dan karya yang dibuat. Dan kepelbagaian susunan itu pula mempunyai kaedahnya tersendiri yang mesti diikuti

Sebagai sambungan post sebelum ini, kita akan melihat pula perubahan-perubahan yang boleh dibuat untuk perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth. Berdasarkan perkiraan saya, untuk perkatan ini sahaja kita boleh tulis dalam bermacam cara dan gaya dengan bilangannya hampir mencecah dua puluh bentuk. Di sini saya kemukakan sebahagian daripadanya.

 

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Hadith-2 (khat thuluth)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

Khat Riq’ah

Khat Riq'ah

Khat Riq'ah

Khat riq’ah berkembang daripada khat nasakh dan thuluth tetapi perkembangannya dalam bentuk yang agak berlainan daripada keduanya, Ia lebih mudah. Biasanya ditulis dengan saiz yang kecil. Bentuk alifnya pendek dan tiada kepala (Tarwisah) seperti thuluth.

Khat riq’ah merupakan salah satu khat yang begitu digemari oleh penulis khat ketika zaman Othmaniah dan melalui banyak penambahbaikan oleh Shaikh Hamdullah al-Amasi. Kemudian selepas itu berlaku lagi beberapa perubahan oleh penulis khat lain sehinggalah ia menjadi popular, digemari dan paling banyak digunakan. Di hari ini, riq’ah adalah pilihan tulisan tangan oleh Masyarakat arab

Khat Riq’ah

khat riq’ah

Riq’ah menurut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Khat ini mempunyai ciri – cirinya yang tesendiri seperti bentuk hurufnya yang tegak dan kecil, kebanyakan huruf-hurufnya ditulis di atas garisan, boleh ditulis dengan cepat dan mempunyai sedikit sahaja kaedah, penulisannya agak mudah jika dibandingkan dengan khat Nasakh.  Ia dicipta oleh penulis khat Turki, Mumtaz Bek pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan (1280H). Khat ini adalah gabungan di antara ‘al- Diwani’ dan ‘Siyaqat’.