Latihan Khat Thuluth

As-Syaikh Muhammad Abdul Aziz Ar-Rifaie

As-Syaikh Muhammad Abdul Aziz Ar-Rifaie

 

 

 

 

 

 

Nama tokoh seni khat yang terbilang: As-Syaikh Muhammad Abdul Aziz Ar-Rifaie. Moga-moga dapat menulis sepertinya…

Latihan Khat Thuluth

Latihan Khat Thuluth

<khat1

Keunikan Khat Thuluth

Khat thuluth adalah khat yang paling susah untuk dikuasai. Ia mempunyai banyak kaedah penulisan yang sangat detail dan halus yang harus dikuasai oleh seorang penulis khat dengan tepat. Tambahan pula, susunan untuk sesuatu perkataan dan cara menulisnya boleh dipelbagaikan agar sesuai dengan ruang dan karya yang dibuat. Dan kepelbagaian susunan itu pula mempunyai kaedahnya tersendiri yang mesti diikuti

Sebagai sambungan post sebelum ini, kita akan melihat pula perubahan-perubahan yang boleh dibuat untuk perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth. Berdasarkan perkiraan saya, untuk perkatan ini sahaja kita boleh tulis dalam bermacam cara dan gaya dengan bilangannya hampir mencecah dua puluh bentuk. Di sini saya kemukakan sebahagian daripadanya.

 

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Susunan 'Bainahum' dalam pelbagai bentuk

Nanakah Yang Betul?

Di dalam Khat thuluth terdapat banyak kaedah penulisan yang sangat detail. Sedikit perbezaan, menyebabkan kita salah atau betul dengan kaedahnya. Di sini saya cuba kemukakan dua bentuk tulisan sebagai pendedahan kepada rakan-rakan untuk kita kongsi bersama dan dijadikan panduan. Cuba anda berikan jawapan diantara (A) dan (B), mana yang betul, mana yang salah dan kenapa..?

Perbezaan dalam khat thuluth

Perbezaan dalam khat thuluth

Terima kasih kepada anda yang telah memberi respon pada persoalan di atas. Sebenarnya perkara ini adalah diantara beberapa kesalahan tulisan yang saya temui ketika menghakimi pertandingan-pertandingan seni khat, termasuk juga Pertandingan Seni Khat Marhaban di Astro baru-baru ini. Banyak lagi masalah-masalah yang lain. Tapi kali ini saya cuba ketengahkan kaedah penulisan (bainahum) ini dahulu. Sebabnya, bagi saya ia cukup halus dan terperinci dari segi kaedahnya. Sepintas lalu, seolah-olah tiada beza.. Tetapi sebenarnya ternyata ada perbezaan yang jelas dan merumitkan. Dengan perubahan yang sedikit, ia akan membuatkan satu huruf menjadi tiga huruf.

Dan jawapannya, diantara (A) dan (B), maka pilihan yang tepat untuk kalimah ‘BAINAHUM’ adalah (A), kerana bentuk huruf yang pertama dan kedua adalah bentuk huruf BA dan YA. Manakala bagi (B) pula, gigi awal dan keduanya adalah gigi huruf SIN. Sekarang cuba kita perhatikan secara detail, diantara dua bentuk ini sebenarnya dipisahkan oleh pergerakan yang sangat halus. Perbezaannya hanyalah pada permulaan diantara ’sin’ dan ‘ba’. Ketika menarik kebawah, Sin harus lebih pendek dan halus manakala ba lebih besar sedikit. Kemudian di penghujung gigi yang pertama. Kedua-duanya ada sedikit perbezaan ketika menolak naik. Seterusnya pada permulaan gigi yang kedua, pergerakan ketika melengkung turun juga berbeza dan lebar ba seluas dua titik dan sin hanya satu setengah titik.

Penulisan perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth, sebenarnya boleh dipelbagaikan. Pada pengamatan saya, kepelbagaian bentuknya yang boleh dibuat hampir mencecah bua puluh bentuk. Insya Allah saya akan terangkan pada entry yang akan datang. Semoga dengan penjelasan yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua…

………………….

ثلث جلى

Khat Thuluth

Tabung Surau

tabung-khat thuluth

Thuluth Jali

Surah Al-'Aala: Ayat 14

Surah Al-'Aala: Ayat 14

Ini latihan saya hari ini menggunakan pen bersaiz 1cm. Saiz ini sudah dikira besar di dalam menulis khat thuluth dan itulah yang dimaksudkan dengan Thuluth Jali, iaitu tulisan yang besar dan jelas. Untuk menulis khat ini, biasanya para penulis menggunakan pen yang besar seperti buluh, handam bersaiz besar ataupun kayu yang diruncing menjadi pen. Menulis Thuluth Jali sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesempurnaan dari pelbagai espek, bukan sekadar kaedah seni khatnya sahaja walaupun itulah asas yang paling utama. Selain daripada itu, perkara penting yang mempengaruhi kelancaran menulis Thuluth Jali sehingga menghasilkan satu karya yang indah ialah:

  • Kertas. Kertas jenis apa?. Licin atau kasar?. Dakwat meresap atau tidak?. Kertas  yang paling baik dan sesuai untuk menulis khat ini ialah  kertas yang diadun sendiri menggunakan ‘teh dan putih telur’, yang dipanggil ‘waraq muqahhar‘.
  • Pen. Saya sampai sekarang masih mencari-cari pen yang sesuai untuk menulis khat Thuluth Jali ni, macam Muhammad Ozjai, Daud Bektash dan Munib guna… Sesiapa ada pen macam tu, boleh bagi saya satu untuk dicuba. Saya dah cuba pen yang Profesor Koichi Honda guna, feelingnya lain sikit…
  • Dakwat. Ini juga sangat penting. Sebab thuluth ini memerlukan dakwat yang sangat lembut supaya tidak tersekat, boleh ditulis panjang tanpa terputus dan menyerlahkan getarannya…
  • Emosi. Kalau tengah tension, ada masalah, tak payah tulis lagi..!  Tunggu sehingga masalah anda selesai. Kalau tidak, hasilnya akan  jadi khat diwani jali pula..hehee.
  • Persekitaran ketika menulis perlu tenang tanpa gangguan dan bising-bising. Sebab, ketika menulis kita akan memberikan sepenuh tumpuan kepada menulis. Jika ada perkara yang mengganggu, pastilah akan menjejaskan tulisan kita.

Itulah serba ringkas yang sempat saya ingat. Ada lagi beberapa faktor lain yang tidak kurang pentingnya seperti faktor pernafasan, makanan dan teknik-teknik menulis dengan betul. Semua ini perlu dipelajari dan dilatih oleh penulis dengan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman.

Thuluth

Basmalah Muhaqqaq

Video ini dirakam oleh sahabat saya: Brother Yusuf Kaloma, student Kolej Restu dari Nigeria.

Sedikit keterangan tentang Basmalah Muhaqqaq ini. Ia ada sedikit perbezaan dengan khat thuluth terutama pada huruf mim, ra, nun dan lafaz Allah. Mim dan ra menggunakan huruf mursalah, iaitu mim atau ra yang ekornya terus ditarik kebawah sebelah kanan. Huruf nun pada Ar-Rahman dilebarkan sedikit berbanding ra thuluth, manakala huruf ha pada lafaz Allah menggunakan ha simpul. Selamat mencuba…!

Thuluth Jali

هود : 86

هود : 86

“That which is left by Allah for you (after giving the rights of the people) is better for you, if you are believers”.

(Surah Hud: 86)

Hadith-2 (khat thuluth)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

Tamrin Huruf Kaf

Sesiapa yang berminat (belajar) Khat Thuluth, boleh mencuba..

huruf kaf thuluth

Huruf kaf + alif, ba, jim, ra, dal, sin

  • Kaf as-Saifi : Kaf menegak. Apabila bersambung dengan alif, ruang dalam 3 titik, bentuknya agak pendek. Apabila bersambung huruf ba, kaf ini lebih tinggi. Ketika menarik turun, perlu dilengkungkan sedikit ke dalam dan ke luar.
  • Kaf az-Zanadi : Kaf melintang. panjang keseluruhan 8 titik sebelum menurun 2 titik. Tarik lapisan bawah menurun dengan kadar 1 titik. Jarak lapisan atas dan bawah 1 titik (mula) dan 1 1/2 titik (akhir) .

Khat Thuluth

Khat Thuluth, ayat 112 Surah Hud

Khat Thuluth, ayat 112 Surah Hud

Khat Thuluth

Surah Al-Waqi’ah : 79

Khat Thuluth ayat 79, Surah Al-Waqi\'ah

Khat Thuluth ayat 79, Surah Al-Waqi'ah.

“…Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang disucikan…”

Tamrin Khat Thuluth

Tamrin Khat Thuluth

Tamrin Khat Thuluth


Khat Thuluth

Al-Baqarah 117-118 in thuluth scrip

Khat Thuluth

Surah Al-Baqarah : 117-118

Maksudnya: Allah jualah Pencipta langit dan bumi (dengan segala keindahannya tanpa meniru pada contoh yang lain). Apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau.” Lalu menjadilah ia.

(Orang kafir Makkah) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata, “Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mu’jizat)?” Demikian pula orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka. Hati mereka (sekeliannya) adalah sama (dalam kedegilan dan kekufuran). Sesungguhnya Kami telahpun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.

Pertandingan Seni Khat Di PKNS, Shah Alam

 pertandingan khat

Ini adalah gambar pemenang-pemenang Pertandingan Seni Khat Aprisiasi Jawi Utusan Malaysia yang telah diadakan pada 28 Oktober 2007, di Kompleks PKNS Shah Alam, anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Restu:

  1. Tempat pertama: Muhammad Firdaus Mahadi
  2. Tempat kedua: Encik Abdullah
  3. Tempat ketiga: Iswahyudi

3.jpg 6.jpg 8.jpg

Tahniah kepada Firdaus dan pemenang-pemenang yang lain…!

Seni Khat Pada Batu

batu5.jpg batu7.jpg batu6.jpg

Khat Thuluth

Contoh – contoh tulisan khat thuluth

  

Arabic Calligraphy

Arabic Calligraphy

Khat thuluth merupakan khat yang sangat indah. ketika menulis, kebiasaannya susunan dilakukan dengan melakar huruf dari atas ke bawah atau boleh juaga dari bawah ke atas, dimana ahli-ahli khat meletakkan huruf itu seolah-olah sedang menyusun batu-batu binaan. Biasanya struktur thuluth dilakukan dalam bentuk lurus, empat segi, bulat, bujur telur dan bentuk-bentuk lain berdasarkan kepada citarasa dan keperluan khusus seseorang jurukhat seperti bentuk bunga, daun, keris dan sebagainya. Apa yang dilakukan ini bukanlah bertujuan memuaskan minat jurukhat dalam seni lukis akan tetapi ia sebagai satu percubaan untuk mencari bentuk baru dan struktur yang berbagai-bagai. Ungkapan keyript thuluth iaitu thuluth bercampur-baur yang dilakukan oleh jurukhat adalah bertujuan untuk menonjolkan keindahan seninya dan ketika itu, mereka sentiasa mengawasi lafaz jalalah (Allah) agar tidak berada distruktur bahagian bawah  

Asma’ Al Husna

albasit.jpg arrafik.jpg assami.jpg

Al Basit, Ar Rafi’, As Sami’.. (Khat Riq’ah)

 arrahim.jpg arrahman1.jpg arrazaq.jpg 

Ar Rahim, Ar Rahman, Ar Razaq.. (Khat Thuluth)

Seni Khat Pada Batu

batu4.jpg

Surah Al Fatihah ditulis pada batu sungai dengan menggunakan ‘khat kufi mushafi’. Batu ini terdapat di Galeri Nur Fatimah , Kompleks Tmn Seni Islam Selangor, Shah Alam. Silalah berkunjung…!

al-syarh.jpg

Surah As Syarh pada batu. Ukuran 30cm x 25cm.

 yasin-batu-halus.jpg yasin-batu-halus2.jpg

Surah Yasin lengkap ditulis dengan tulisan Khat Nasakh halus pada batu yang berukuran 28cm x 18cm

Kraf

vass.jpg Tulisan khat diwani pada seramik

tbuaya.jpg Khat thuluth pada telor dan siput

ostrich.jpg Telur ostrich ditulis dan dihias untuk dijadikan sovineer

kerang.jpg Surah Al Fatihah menggunakan Khat nasakh & thuluth pada kulit kerang

kayu.jpgUkiran khat thuluth pada kayu

grg.jpgPlaster of paris bentuk telur dengan ditulis menggunakan khat muhaqqaq

gading.jpg Gading gajah ditulis Surah At Taubah. Ayat : 128 – 129, menggunakan Khat Thuluth

seramik.jpg Seramik. Tulisan: Thuluth Jali. Surah An Najm. Ayat: 39